Youth Voice



cerita Rocky tidak berasas!!!

cerita Rocky tidak berasas!!!  Kepada mereka yang mengikuti perkembangan blog-blog pastinya sekarang ini sedang  sibuk membicarakan kisah berkenaan kes saman NSTP terhadap Rocky.siapa sebenarnya Rocky??jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut teruskan bersama kami membongkar siapakah Rocky yang sebenarnya.          Rocky atau nama sebenarnya Ahirudin Attan merupakan seorang jurnalis yang pernah memegang jawatan editor eksekutif di Malay Mail dan Sunday Mail.Rocky telah meletakkan jawatan secara sukarela dari NSTP.Adakah ini yang menyebabkan Rocky memusuhi NSTP sehingga telah menggunakan laman blognya sebagai tempat untuk memfitnah dan memburuk-burukkan NSTP.   
          November lalu, Rocky dan Jeff terlibat dalam kontroversi dengan NSTP apabila mereka mendedahkan tulisan Pereira pada 30 Oktober lalu mempunyai persamaan yang sangat ketara dari segi gaya dan struktur dengan kolum Mitch Albom di dalam Detroit Free Press, 10 September lalu. Peguam yang menyaman Rocky itu mewakili NSTP, Kalimullah, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Syed Faisal Albar, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Datuk Hishamudin Aun dan bekas Pengarang Kumpulan NST, Brendan Pereira. jika benar Brendan Pereira bersalah, mengapa hanya Rocky dan jeff ooi yang membangkitkan persoalan ini sedangkan pengarang  kolum Mitch Albom di dalam Detroit Free Press sendiri tidak pernah mempersoalkan tentang hal ini?? Mungkinkah Rocky mempunyai agendanya yang tersendiri?? Mungkin YA..  mungkin Rocky sengaja mengada-adakan cerita ini untuk membalas dendam kepada NSTP dengan menjadikan Brendan Pereira sebagai mangsa kerana Rocky merasakan dirinya tidak dihargai apabila dirinya diberikan skim berhenti kerja secara sukarela. Jika Rocky benar-benar layak untuk terus memegang jawatannya di NSTP, tiada sebab pihak NSTP  untuk berbuat demikian.
          kes kedua yang perlu kita renungkan ialah  Rocky telah mendedahkan buat pertama kalinya kepada rakyat Malaysia kononnya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat bandar Bodrum di negara Turki untuk melihat Cobra Sultan, kapal persiaran (yacht) bernilai US$8 juta (kira-kira RM30 juta) sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar Turki,Hurriyet sebagai ditempahnya. namun Pak Lah sendiri telah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut. hal ini diburukkan lagi dengan munculnya dakwaan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah diberitahu oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bahawa Cobra Sultan adalah hadiah kepada Abdullah.persoalannya sekarang, SIAPA YANG BENAR?? PAK LAH ATAU ANWAR. jika kita seorang yang cintakan negara, tidak perlu lagi kita merasa sangsi atau ragu-ragu untuk mempercayai siapa yang benar. jawapannya sudah terang lagi bersuluh. siapa yang memimpin negara kita sekarang ini. mengapa perlu kita mempercayai orang yang pernah menggemparkan negara kita dengan kes-kes yang maha dasyat??
          sedarlah, ini semua adalah mainan Rocky semata-mata untuk menghakis kepercayaan kita kepada tampuk pemerintahan Pak Lah. memang benar Rocky tidak menyuarakan hal ini secara langsung, tetapi FIKIRKANLAH!! anda ada akal dan fikiran. gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan benarkan orang lain mempengaruhi minda  anda dan memanipulasi fikiran anda. 


Komentar

  1. pancadelima mengatakan:

    kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, fikir lah dulu sebelum bertindak. gunakanlah akal itu dengan sebaik-baiknya. janganlah menerima sesuatu khabar berita itu sebulat-bulatnya, cuba kenalpasti dahulu kesahihan sesuatu cerita itu. jika kita yakin pada sesuatu cerita itu, maka kita terimalah.

    Dikirim 5 years ago
  2. Sheih mengatakan:

    Terima kasih kerana tulisan terhadap diri saya. Biar saya menambah sedikit. Saya juga adalah ahli UMNO dan masih ahli UMNO. Cawangan saya di Sri Hartamas. Jemputlah ke cawangan saya. Kita boleh kena mee rebus di Plaza Damas. Saudara boleh hubungi saya di email saya. InsyaAllah, walaupun hala tuju kita nampak berbeza, tapi setidak-tidaknya kita masih bersaudara. Terima kasih.

    Syed Azidi
    Sheih

    Dikirim 4 years, 11 months ago
  3. jane danker mengatakan:

    ni blog katak rempit ni bukan youth voice

    Dikirim 4 years, 11 months ago
  4. jane danker mengatakan:

    blog barua, kalau berani dedahkan identiti, at least rocky tak berselindung dlm blog tak bernama mcm nie

    Dikirim 4 years, 11 months ago
  5. Shifu67 mengatakan:

    Emmm….. semua blogger yang kickdefella senaraikan tu…. semuanya jenis spesis yang bermasalah dan kecewa.
    Kesian mereka…..
    p/s
    saya baca apa yg mereka tulis dan lepas tu saya geleng kepala sambil tersenyum……. hehehe

    Dikirim 4 years, 11 months ago


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.