Youth Voice


cerita Rocky tidak berasas!!!

cerita Rocky tidak berasas!!!  Kepada mereka yang mengikuti perkembangan blog-blog pastinya sekarang ini sedang  sibuk membicarakan kisah berkenaan kes saman NSTP terhadap Rocky.siapa sebenarnya Rocky??jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut teruskan bersama kami membongkar siapakah Rocky yang sebenarnya. Continue reading this entry »

Advertisements

Sheih Oh.. Sheih

Sheih sinonim dengan blognya kickdefella. Seorang yang amat disanjungi oleh bloggers tempatan dengan madah-madahnya yang sangat memukau.Namun siapakah Sheih? asal usulnya? dan sebab kemunculannya?

Sheih the Kelantanese  boy, pernah menjadi seorang pemandu kepada Allahyarham Pak Nik Lah, ahli parlimen Pengkalan Chepa pada 1988. Dia bebas keluar masuk Markas Tarbiyyah Pas di Taman Melewar. Kelakuannya seperti seorang PAS yang tulen. Walaubagaimanapun dia seorang yang terlalu fanatik terhadap Tun Mahathir.

Sheih juga seorang pembikin filem yang terkenal sekitar tahun 90an,yang mampu mengubah persepsi seseorang penonton. Adakah kita sedar yang kita juga mampu diubah hanya dengan omongan yang sengaja diadakan melalui kenyataan dan cerita-cerita sedih mengenai dirinya sendiri? Adakah ini hanya untuk menagih simpati atau hanya membuka pekung di dada?

birthday-copy2.jpg
Cuba lihat sendiri apa yang ingin diperjuangkan oleh Sheih. ‘I blog for fun’. Adakah matlamat Sheih hanya sekadar suka-suka? Atau hanya sekadar mencurahkan luahan rasa hati yang lara..?

Sheih telah menjadikan Pak Lah sebagai ‘punch bag’nya. Mengapakah Sheih bertindak sedemikian rupa? Apakah motifnya? Adakah tanggapannya terhadap kreadibiliti Pak Lah meleset? Adakah kerana perjuangan Tun tidak selari dengan Pak Lah?

Renung-renungkanlah……………………….